Tuesday, January 31, 2017

Tahun 1957, Korea Selatan Negara Kelima Termiskin Di Dunia, Sepuluh Kali Lebih Miskin Dari Malaysia, Tapi Kini

Tags

Sebut akan nama negara Korea Selatan, sudah pasti hampir ke semua rakyat Malaysia tahu akan negara ini, mana tidaknya ramai artis-artis di negara berkenaan menjadi kegilaan sebahagian besar rakyat Malaysia.

Negara berkenaan kini berkembang maju ekonominya, sedangkan pada awal-awal dahulu negara tersebut merupakan negara antara paling miskin di dunia.

Kita lihat kemajuan yang mereka kecapi, bukan dari satu aspek sahaja, bahkan ekonomi, sukan, teknologi dan ekonomi, kini mereka kehadapan mendahului kita, kenapa? jom kita baca nukilan Dato Dr Nazri Khan, Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank ini.

SALAM TAHUN 2017 DARI KOTA SEOUL, KOREA : KENAPA LAH MALAYSIA TAK MAJU-MAJU......

Selamat Tahun Baru kepada semua rakan rakan FB tersayang.

Alhamdulillah, malam ini malam terakhir saya di Seoul, Korea Selatan bersama anak isteri dan izinkan saya mengomel sikit.

Tahun 1957, Korea Selatan adalah negara kelima termiskin di dunia. Sepuluh kali lebih miskin dari Malaysia. Hari ini, Korea Selatan adalah Ekonomi KESEPULUH terbesar dunia.

Orang Korea bezanya bukan mata, kulit dan fesyen rambut tetapi jati diri dan karakter ekonomi mereka. Mereka gila teknologi, gila internet, gila mencipta, gila fesyen, gila kosmetik, gila ginseng dan gila plastik surgery :-)

Selepas 60 tahun. Lihat apa yg berlaku Malaysia dan Korea hari ini.

Ekonomi Per Kapita Korea Selatan - USD33,000
Ekonomi Per Kapita Malaysia - USD11,000

Maknanya ekonomi kita SEMBAB 200% berbanding Korea.

Hari ini ekonomi Korea taklah besar sangat. Cuma tiga kali ganda ekonomi kita jer......

Saya ingat tahun 1997. Korea pinjam berbillion dari IMF. Sedangkan Malaysia hebat. Kita tidak pinjam satu sen pun dari IMF.

Lihat apa berlaku hari ini.

1997 1 RM = 400 Won
2016 1 RM = 269 Won

Maknanya duit kita SEMBAB 33% sejak tahun 1997 berbanding duit Korea. Hebat.

Korea ada lima puluh brand dunia. Korea ada Samsung, LG, Kia, Hyundai, Park Ji Sung, K-Pop, Running Man dan Gangnam.

Tengok Hyundai & Kia. Terjual 1 juta unit di Amerika dan 5 juta di seluruh dunia. Maaf, saya tak nampak sebijik pun Proton di Korea.

Yang saya tahu Proton masih mencari tapak di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat Malaysia kadang-kadang pun tak percaya Proton.

Korea tak ada minyak, tak ada getah, tak ada kelapa sawit, tak ada balak, tak ada emas, tak ada BRIM.

Tapi Korea ada komputer laju dan internet. Internet Korea terpantas di dunia (30 MB/s) dan internet Malaysia antara sepuluh perlahan di dunia (4 MB/s).

Korea ada banyak gempa bumi dan paling teruk terpaksa berperang dgn kuasa nuklear, Korea Utara yang sadis & brutal.

Korea tak buat bangunan hebat, tak buat istana berbillion, tak buat projek mega dan tak buat highway tol mahal-mahal. Tapi mereka buat jalan raya kos murah yg berkualiti, kilang elektrik yang tak pernah 'black out' dan empangan yang sentiasa ada air. 

Mereka bina universiti kelas atasan, cipta teknologi bertaraf dunia, dan mereka bagi belanjawan sukan hiburan yang tinggi utk rakyat mereka.

Itu pasal Malaysia gila betul artis Korea walhal Korea tak kisah pun artis Malaysia.

Bangsa maju ialah bangsa yang menakluki ilmu, bekerja keras, kuat melabur dan gila. Gila segala benda.

Ok dah cukup.... Bangun Malaysia Bangun. Selamat Tahun Baru 2017 !

Dato Dr Nazri Khan, Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank

Sumber: Majalah Labur.

Kucing 'Psikik' Dijual Pada Harga RM370,000 Kepada Bomoh Selepas Pemilik Asal Tak Tahan 'Disuruh' Buat Benda Yang Tak Disukai

Tags


Seekor kucing yang dikatakan mempunyai kuasa 'psikik' telah dijual kepada seorang bomoh dengan harga £67,000 (RM370,000), kata bekas tuannya.

Dmitry R berkata kucing gemuk yan gbernama Charles Utkins, yang diwarisi dari makciknya, boleh melepaskan diri dari bilik berkunci, membaca minda dan juga menanam buah fikiran dalam otaknya.

Menurut Dmitri, kucing tersebut membuatkannya merasa ingin makan ikan dan sosej - biarpun dia membenci makanan itu. Disebabkan perasaan itu, dia terpaksa bangun awal pagi untuk membelinya.

Dmitri berkata: "Pintu bilik tertutup, dan kucing itu dikurung di tempat lain. Tiba-tiba ia muncul dalam bilik dari belakang pintu yang tertutup, biarpun tiada siapa yang melepaskannya.

"Ia boleh membaca fikiran. Tapi lebih teruk - ia boleh menanam buah fikiran. Dan semua buah fikiran ini akan dipenuhi. Mereka semua sukar untuk dihalang. Kucing itu membuatkan saya pergi ke kedai dan beli apa yang ia mahukan.

"Sebelum saya ditemukan dengan Utkins, saya tidak percaya dengan benda ghaib. Tetapi makhluk ini telah membuat saya lakukan perkara yang tak ingin saya lakukan.

"Seperti contoh, saya tak pernah makan ikan. Saya tak gemarkannya (ikan) atau sosej.

"Tapi, ia(Utkins) akan buatkan saya bangun jam 5 pagi dengan kemahuan yang kuat untuk makan ikan atau sosej. Saya kemudian terpaksa pergi ke kedai dan berikannya kepada Utkins. Apabila kucing itu mula makan ikan, rasa lapar saya tiba-tiba hilang." kata Dmitri.

Bagaimanapun, kucing itu kini telah dijual kepada seorang pawang yang tinggal 2,000 batu jauhnya. Pawang itu terdengar mengenai Utkins dan menawarkan untuk membeli Utkins pada harga RM370,000.

Dmitry memberitahu Siberian Times bahawa pawang wanita itu seorang yang kelihatan sangat mewah. Namun pawang itu tidak sukakan pemberita.

"Dia kuring Utkins dalam bilik, dan dengan segera mahu membelinya. Dia tidak gemarkan jurnalis, disebabkan itu saya tidak boleh menamakannya.

Tambah Dimitry lagi, pawang itu juga mempunyai laman web dan pelanggan yang terkemuka.







Sumber: The Sun

Harga Petrol RON 95 & RON 97 Naik 20 Sen Bermula Tengah Malam ini (1 Februari 2017)

Tags



Kuala Lumpur, 31 Jan - Harga runcit bagi petrol RON 95 dan RON 97 akan naik 20 sen bermula tengah malam ini.

Oriental Daily melaporkan, harga bagi diesel pula mengalami kenaikan sebanyak 10 sen menjadikan harga bahan api itu RM 2.15 seliter.

Menurut NST, kenaikan itu turut disahkan oleh satu sumber dari Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM).

Berikut adalah rumusan harga petrol dan diesel bermula 1 Februari 2017.

RON 95 - RM 2.30 (naik 20 sen).
RON 97 - RM 2.60 (naik 20 sen).
Diesel - RM 2.15 (naik 15 sen).

Thursday, January 26, 2017

Mempunyai Deposit Untuk Membeli Rumah Sehingga RM17 Ribu, Hanya Dalam Masa 2 Tahun, Lelaki ini Kongsi Formulanya

Tags
Foto: Lifehacker

Membuat simpanan untuk membeli rumah bukan mudah, kerana jika kita menyimpan dengan hanya membuat tabung simpanan di rumah, kita sendiri tidak pasti, bila agaknya duit itu boleh cukup untuk digunakan membeli rumah, kerana deposit yang perlu dikeluarkan bukanlah sedikit.

Jika ada cara yang lebih cepat, sudah pasti ramai yang akan mengikutnya, bukan apa, semua orang mahu memiliki rumah dengan segera, kerana ia adalah salah satu asset yang bernilai buat masa sekarang.

Bagi saudara Amir Syahir, ada sahaja cara yang anda boleh lakukan, dan ia merupakan cara pantas, kerana, dalam masa 3 tahun, anda sudah mampu menyediakan deposit untuk membeli rumah. Bagaimana caranya, jom kita baca perkongsian darinya.


Pelan Membina Deposit Rumah RM17K Dalam Masa 2 Tahun

Anak Muda: Saya nak beli rumah tahun ni.

ASY: Dah ada deposit rumah?

Anak Muda:
 Takde lagi. Hehehe 

Nak beli rumah bukan serupa kau nak beli sayur di pasar ataupun nak beli pantun. Kau kena la ada simpanan sikit untuk bayar kos guaman dan kos sampingan nanti.

Kalau Myvi kau boleh beli zero-downpayment, beli rumah ni jarang jarang ada bank nak bagi zero-downpayment untuk beli rumah. Sekurang-kurangnya kau kena ada 10% daripada harga rumah.

Kalau kau berkelayakan beli rumah harga RM120K. Ansuran bulanan kau dalam RM600. Jadi kau seharusnya mampu simpan RM600 sebulan.

Kalau simpanan kau dalam bank pun ada tiga angka je, baik kau mulakan menyimpan dulu deposit rumah ni. 

Ini antara contoh game plan jika kau nak dapat lebih RM17K dalam masa tiga tahun. Komitmen simpanan hanya RM550 selama tiga tahun.

1. Mohon ASB Financing RM100K

Tempoh pembiayaan: 30 tahun 
- Tanpa takaful 
Keuntungan bank: 5.2%
- Ansuran bulanan dalam RM550 bayar guna duit sendiri selama setahun.

2. Dividen ASB

Selepas setahun, katakan dividen ASB diumumkan 6.75% dan korang akan dapat dividen, RM6750. Gunakan dividen ini untuk membayar ansuran bulanan, RM6750. 

RM550 X 12 = RM6600

Ada lagi baki RM150. RM6750 - RM6600 = RM150.

3. Mohon ASB Untuk Tahun Kedua

Tahun kedua mohon lagi pembiayaan ASB RM100K. Bayaran ansuran pembiayaan ASB tahun pertama guna duit dividen ASB. Pembiayaan ASB tahun kedua guna duit gaji. Jadi komitmen masih kekal RM550.

4. ASB Financing, RM200k

ASB Financing korang dah jadi RM200K. Baki minimum terendah dalam ASB dah RM200K. Bonus berdasarkan RM200K. Komitmen korang hanya RM550 sahaja.

5. Tahun ketiga selepas dapat dividen, terminate ASB Financing tersebut.

Dividen ASB terakhir:  RM13,500

Pulangan prinsipal sijil ASB tahun pertama (24 bulan) :  RM2922 

Pulangan prinsipal sijil ASB tahun kedua (12 bulan) : RM1423

Jumlah kasar : 

RM13,500 + RM2922 + RM1423 = RM17,845


Dapat RM17K je? Alah, kalau kau nak dapat banyak, simpan la banyak sikit. Simple. Ubah ansuran bulanan ASB Financing kau kasi tinggi sikit. Hasilnya lagi tinggi. Ikut kemampuan kewangan kau, berapa yang kau mampu bayar setiap bulan.

Kalau masuk kira bonus campur kau pun ada saving sedikit sebanyak ada la RM18K dalam masa tiga tahun untuk dijadikan deposit rumah.

***

Secara kasarnya game plan korang;

Tahun 2017: Buat ASB Financing RM100K
Tahun 2018: Buat ASB Financing RM100K
Tahun 2019: Terminate ASB Financing RM200K

***

"Tapi saya nak beli rumah landed harga RM500K."

Amboi, impian besar, pengorbanan pun kena besar juga. Ansuran bulanan tinggi, kau kena semak kewangan kau dulu.

Sumber Asal - Siakap Keli

Dengan Bajet Hanya Sebanyak RM500, Anda Sudah Boleh Pergi Ke Hat Yai Dari Kuala Lumpur

Tags

Sebagai salah sebuah negara yang bersempadan dengan Malaysia, Thailand juga sering kali menjadi pilihan buat mereka ‘kaki travel’ untuk bercuti, dan meneroka negara gajah putih tersebut. Banyak kawasan yang menjadi tarikan pelancong, yang terdapat di negara Thailad.

Antaranya adalah Bangkok, Ko Samui, Chiang Mai, Pattaya, dan banyak lagi. Kebanyakan dari mereka yang merancang untuk bercuti ke nagara Thailand ini, akan menggunakan perkhidmatan kapal terbang, kerana lebih cepat tiba ke destinasi tersebut.

Namun, ada juga yang membawa kereta sendiri, untuk ke Thailand. Tapi, bagi saudari Fazleena Hishamuddin pula, dia menggunakan perkhidmatan kereta api, untuk menuju ke Hat Yai, dan ia memberi pengalaman baru buat saudari Fazleena.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Short Trip : Kuala Lumpur - Hat Yai Menaiki Keretapi. Bajet bawah RM500

Sebab ramai yang bertanya, saya kongsi perjalanan ke Hat Yai baru-baru ini menaiki keretapi. Perkhidmatan keretapi yang mempunyai ruang tidur (sleeper bed), dari KL - Padang Besar sudah ditamatkan perkhidmatannya tahun lepas. Telah digantikan dengan ETS. Jadi melepaslah angan-angan nak tidur dalam train, sambil menulis puisi. Gitu. Jadi nak tak nak, sebab hajat hati nak naik sangat keretapi, maka kami booking tiket secara online, boleh guna link ini untuk pembelian.


Tiket Bas & KTM Online

Atau boleh terus ke kaunter KTMB di KL Sentral untuk beli secara terus. Terpulang. Cuma digalakkan beli awal. Sebab perkhidmatan ETS ni ramai yang guna. So belilah cepat sebelum kehabisan. Harga tiket tren ETS berbeza mengikut klasifikasi tren. 

Ada tiga jenis semuanya - Platinum, Gold dan Silver. Yang membezakan tren dan harga tren ini adalah perhentiannya. Platinum lebih cepat, kurang berhenti mengambil penumpang dan jarak masa yang singkat. Silver lebih lama masa perjalanannya kerana banyak stop/berhenti untuk mengambil penumpang. Bagi warga emas dan OKU serta pelajar juga boleh mendapat harga tiket yang istimewa/ konsesi.

* Dari KL Sentral ke Padang Besar, harga tiket orang dewasa sehala adalah RM80 dan kanak-kanak RM44 (Emas/Gold pakej). 


Kami naik ETS jam 9.30 pagi. ETS memang tepat waktu. Jadi pastikan jangan sampai lewat ke terminal. Sebab pertama kali naik tren, ETS ni seronok juga. Ada cafe kecil disediakan dengan makanan yang boleh tahan sedap juga. Ada tv yang pasang movie, surau, toilet yang bersih. Selesa untuk perjalanan yang jauh. Tolak-campur macam naik flight juga rasanya. Sepanjang perjalanan kita dihidangkan dengan permandangan yang indah.

Perjalanan mengambil masa 5 jam. Kami tiba di stesen Padang Besar jam 3 petang lebih kurang. Disebabkan nak kejar train klasik Hat Yai yang akan bergerak jam 3.45 waktu Malaysia (waktu Siam sejam lambat dari Malaysia), maka waktu ni kelam-kabut sikit. Sebab nak beratur cop pasport, beli tiket ke Hat Yai, isi borang imigresen. 

Boleh bayangkan kalau pergi weekend, mesti akan lebih kelam-kabut. Syukur kami tak perlu beratur panjang. Hanya ada beberapa penumpang yang turut serta bersama kami. Jadi proses berjalan pantas.
So total kalau kau pergi Hatyai pakai train adalah RM80 + RM10= RM90.


Jadi tertunailah cita-cita saya menaiki tren klasik yang tingkapnya boleh dibuka. Dan beranganlah macam cerita hindustan sambil keluarkan kepala dan tudung melayang-layang ditiup angin nan ganas. Tiket untuk ke Hat yai cuma RM10 bersamaan 100 baht untuk 2 orang. Dan untuk pengetahuan juga, tren ke Hat Yai cuma ada 2 kali. Belah pagi dan petang.

Jadi kalau tak sempat naik train, boleh naik van yang disediakan di pintu masuk sempadan Thai dalam 700 meter dari Terminal Padang Besar. Harga tiket sama juga dengan naik tren. Cuma feel dia totally lain la. Justeru pastikan rancang perjalanan dengan betul dan tepat, supaya bisa naik tren klasik yang menyeronokkan.

Kami tinggal di hotel namanya The Bed, di pekan Hat Yai yang harganya cuma lebih kurang RM100 sehari. Selesa, bersih dan agak luas untuk harga yang macam tu. Kedai makan tak ada masalah. Di mana-mana banyak kedai makan muslim. Komunikasi pun tak ada masalah. Mereka boleh faham cakap melayu.

Hat Yai sedang tengkujuh. Hujan lebih banyak muncul dari matahari. Jadi di sekitar pekan Hat Yai kami berjalan saja. Semuanya walking distance. Cuma untuk ke tempat-tempat tourist attraction, agak jauh dan harus naik pengangkutan lain seperti motorsikal atau tuk-tuk.

Kami pergi 3 hari saja, dari rabu sampai jumaat. 

Antara tempat yang kami sempat jejak :

1) Hat Yai Municipal Park
2) Phra Phutthamongkol Maharat
3) Hat Yai Municipal Bird Park
4) Night Market Hat Yai
5) Asean Trade Bazaar
6) Khlong Hae Floating Market
7) Chang Puak Camp Hat Yai

Kesemua tempat-tempat ini harga tiket tak mahal sangat. Ada juga yang masuk percuma saja. Kami banyak habis duit untuk makan. Hehe. Tuk-tuk pula dalam 400 baht bersamaan RM50 sepanjang hari. 2 hari RM100 lebih kurang. Kami pulang menaiki van dari Hat Yai ke Padang Besar. Merasa juga pengalaman bersesak dalam van dengan penumpang lain. Dan beratur cop pasport di sempadan, kemudian jalan kaki ke terminal Padang Besar untuk naik ETS, pulang ke KL.

Paling yang saya nak pergi sangat ialah Floating Market-nya. Kami sampai hujan lebat sangat. Air naik sehinggakan peniaga hanya mampu berdagang di atas jalanan. Amar pujuk hati dengan kata yang nanti bila-bila kita pegi naik kereta aje. Pergi semata-mata untuk floating market saja. Okay, i keep that promise.

Hat Yai syurga makanan. Semua makanannya tak ada yang tak menyelerakan. Nampak simple saja, tapi enak sangat. Sama macam kehidupan, perkara-perkara sederhana akan selalu menang. Trip ke Hat Yai ini amat sederhana, tapi saya merasa sangat bahagia. Saya menikmati ketenangan kotanya, keramahan manusianya, kedinginan musimnya, keenakkan makanannya dan kecintaan masyarakatnya terhadap seni-budaya.

Terimakasih Hat Yai. Semoga kita bertemu lagi.















Sumber Asal -Siakap Keli

Lelaki Tersilap Jalan Kayuh Basikal 500 Kilometer Dalam Usaha Pulang ke Kampung Sempena Tahun Baru China

Tags


Seorang lelaki yang cuba mengayuh basikal untuk balik ke kampung halaman sempena sambutan Tahun Baru Cina terpaksa memberhentikan kayuhannya apabila mengetahui dia telah tersilap arah.

Lelaki itu menyangka dia sedang bergerak ke utara untuk pulang ke kampung halaman yang terletak sejauh 1,700km.

Namun sangkaannya itu meleset apabila dia mengetahui sebenarnya dia sedang bergerak ke arah selatan.

Perkara itu diketahui oleh lelaki tersebut selepas polis trafik di Wuhu, wilayah Anhui memberhentikannya apabila dia sedang mengayuh di atas lebuhraya - yang tidak dibenarkan sama sekali untuk basikal.

Dia memberitahu polis bahawa dia cuba untuk pulang ke rumah di Qiqihar, utara wilayah Heilongjian menggunakan basikal kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyewa pengangkutan awam.

Menurut South China Morning Post, lelaki itu memberitahu polis dia menunggang basikal untuk pulang ke Qiqihar sejauh 1,700 kilometer kerana tidak mempunyai wang untuk menaiki pengangkutan awam.

Dia memulakan kayuhan dari Rizhao, wilayah Shandong, sejak lebih sebulan lalu dalam cuaca sejuk dengan hanya membawa beg kecil.

Lelaki itu memberitahu polis dia tidak pandai membaca arahan papan tanda serta peta dan hanya berpandukan arah orang ramai yang ditanyanya namun mereka memberi arah yang salah.

Polis trafik dan kakitangan plaza tol lebuh raya itu kemudian memberinya wang untuk tiket kereta api ke utara bagi membolehkannya pulang ke kampung.

Ramai Tidak Tahu, 4 Cara Tidur Yang Sering Diamalkan Ini Punca Berat Badan Naik

Tags


Ramai antara kita yang merasa pelik, mereka jaga makan, tetapi berat badan mereka naik, tahukah anda bahawa selain menjaga makan, tidur juga mempengaruhi kenaikian berat badan jika tidak dijaga.

Biasanya waktu tidur normal seseorang adalah antara 8 jam sehari, namun ramai antara kita tidur lewat atau kurang daripada 5 jam sehari.

Tapi betulkah tidur punca dan penyebab kepada masalah kegemukan? Ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa 7 daripada 10 orang mengalami masalah tidur yang berkualiti. Perkara ini nampak remeh dan biasa, tetapi jika dibiarkan berlarutan lama-kelamaan ia menjadi punca kepada masalah kesihatan lebih-lebih lagi berkaitan dengan berat badan.

Jadi apakah tabiat-tabiat yang tidak elok untuk diamalkan sehingga membuatkan seseorang itu berhadapan dengan masalah kegemukan? Berikut penyebabnya;

1. Tidur tidak teratur atau lewat





Kebanyakan orang meremehkan waktu tidur mereka dan lebih memilih melakukan kegiatan lain seperti bermain permainan video, melepak dengan kawan-kawan di luar atau menonton cerita lewat malam daripada tidur mengikut waktunya. 

Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang kurang tidur cenderung akan mengambil lebih banyak kalori dibandingkan orang yang cukup tidur kerana mempunyai masa yang ada dengan makan, bukan berehat atau tidur. Jika anda sudah terbiasa dengan kurang tidur, berkemungkinan besar anda juga akan terbiasa mengambil lebih banyak kalori sehingga membuatkan anda lebih cepat gemuk. 

2. Kualiti tidur rendah





Jika anda merupakan orang yang jenis tepat pada waktunya, tetapi mudah terbangun pada tengah malam ataupun tidur yang mudah terganggu, itu bermakna anda mempunyai kualiti tidur yang tidak baik. Kualiti tidur yang rendah juga boleh membuatkan seseorang itu cepat gemuk kerana mudah merasa tertekan. Kualiti tidur seperti ini mungkin disebabkan oleh beberapa hal kecemasan, stres dan seumpamanya. Untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti, seelok-eloknya lakukan sedikit senaman atau meditasi. Matikan segala objek elektronik atau letak dalam mod silent agar tidur anda tidak terganggu dengan bunyinya.

3. Makan sebelum tidur





Makan sebelum masuk tidur adalah tabiat yang tidak elok. Kesannya anda akan mengambil lebih makanan berat dan berkalori tinggi dengan berharap dapat tidur lebih lama dan nyenyak. Tabiat ini boleh diubah jika anda masih berasa lapar sebelum tidur dengan mengambil minuman segelas susu atau malt coklat dan beberapa biji kurma atau kismis. 

Makanan ini tidak mengenyangkan tetapi mampu menahan perut anda dari terus lapar. Jangan lupa berus gigi dengan ubat gigi berpudina bagi mengurangkan keinginan untuk makan lewat malam. 

4. Bangun lewat





Adakah anda seorang yang suka tidur lewat atau kerap menukar kepada mod snooze tiap kali alarm telefon berbunyi? Sebaiknya ubah tabiat itu dengan terus bangun dan jangan sambung tidur. Tidur lewat akan membuatkan anda akan bangun lewat pada keesokannya harinya dan ini akan membuatkan anda berada dalam keadaan lapar dua kali ganda dari biasa. Tidak hairan jika ada kemungkinannya anda akan makan dengan banyak. Tabiat ini jika tidak diubah lama-kelamaan akan membuatkan berat badan naik mendadak. Jadi, tidurlah di awal waktu  dan ini akan membuatkan anda bangun pagi lebih awal.

Jadi, waktu sarapan anda lebih teratur dan berpada-pada. Atasinya dengan segera bangun jika terjaga dengan bunyi alarm walaupun masih terasa mengantuk dan buat sedikit regangan dan senaman ringan. Hirup udara pagi yang segar mampu membuatkan anda terasa lebih cergas untuk memulakan hari baru. - Diari Kurus - DailyMail

Sumber Asal - Siakapkeli.my