Thursday, February 23, 2017

Kononnya Dalam Seekor Ayam 5 Bahagian Beracun,“Jangan Sebarkan Dakyah Tidak Berasas,” - Doktor Vetarinar



Baru-baru ini pasti kita pernah terbaca sebuah artikel yang mendakwa dalam seekor ayam ada lima bahagian beracun, di mana ianya telah membuatkan ramai penggemar ayam mula ragu-ragu.

Kami pernah menulis kisah yang kaedah mencucuk ayam merupakan kaedah lama yang sudah pun tidak dipakai pada zaman moden ini, namun dilihat masih ramai yang mudah mempercayai kisah-kisah mitos mengenai ayam ini.

Terbaru, seorang doktor veterinar, Dr Muhammad Luqman Nordin telah tampil menjawab mengenai perkara ini, beliau menyelar tindakan sesetangah orang yang mudah melabel sesuatu makanan, katanya asal sedap mesti ada jer yang akan dituduh pada makanan tersebut.

Jom kita baca.




Saya sebenarnya berada di luar negara beberapa hari lepas, baru turun kapal terbang, pening pening lalat lagi ini. Biasanya saya mengambil masa beberapa hari untuk pulihkan mood dan kembali kepada sedia kala.

Kebetulan ramai pula kawan kawan, makcik-makcik termasuk ibu bapa sendiri yang bertanya dan minta komen isu hangat berkenaan artikel sebuah akhbar bertajuk “Awas! Lima bahagian ayam beracun”.

Sebenarnya saya malas nak komen, nak abaikan sahaja sebab kepala pun masih serabut dengan banyak hal sendiri yang belum selesai. Mula-mula saya rasa “Arghhh biarlah Doktor Vet lain yang jawab. Lagipun aku bukan Doktor Ayam. Apa benefit yang aku dapat? Dah la tengah letih, malasnya nak menaip dan menulis. Nak kena writing scientific paper lagi. ” Hmmm…

Tiba-tiba hati kecil aku berbisik “ Eh, Man tapi kan kau Doktor Haiwan! Ayam itu pun kan sejenis haiwan. Apa guna kalau kau tak kongsi ilmu yang pensyarah dan kawan-kawan kau bagi? Apa guna kawan-kawan kau bawa kau tidur dan melawat dalam kawasan ladang ayam. Why be so selfish? Kau kata kau tak nak jadi orang selfish. Orang nak baca atau tak percaya itu terpulanglah. Yang penting sekurang kurangnya kau dah menyampaikan”. Hmmmm….

Saya rasa hal ini Fardu Kifayah untuk saya berkongsi maka saya rasa terpanggil untuk komen juga lah. Harap tidak terlambat. Mudah mudahan mendapat pahala dariNYA.

Macam mana nak mula ea. Hmmm..pertama, penulis mengatakan terdapat 5 bahagian ayam beracun. Saya rasa pun penulis itu yang sebenarnya beracun, menyebarkan dakyah yang tidak berasas sama sekali. Saya rasa beliau harus hentikan.

Doktrin-doktrin negatif yang mengatakan ayam dicucuk hormon babi untuk membesar sebenarnya sudah lama. Saya pun hairan, kenapa ye, budaya kita kalau makanan itu sedap je, orang tuduh mesti ada kandungan babi.

Kenapa ye, kalau binatang itu gemuk, contohnya lembu or kambing, orang akan tuduh mesti ada kacukan dengan babi. Kenapa ye, kalau manusia/ orang tu gemuk, ada orang akan kutuk dan sakitkan hati dengan kata “ kau ni gemuk macam babi lah”. Kenapa ye, kalau orang itu jadi Doktor Haiwan, orang akan kata “Oh nanti peluk babilah ea?”

Kesian babi. Kenapa babi? Sedangkan ada beratus-ratus spesis haiwan di muka bumi ini. Ada banyak haiwan lain yang lebih gemuk daripada babi. Mana boleh lembu kacuk dengan babi. Berlainanan spesis. Kandungan genetic juga berbeza. Sama juga macam, manusia dengan monyet.

Tak boleh dapat zuriat jika hidup bersama. Jika kita boleh menolak “Darwins Law of Evolution” atau Hukum Darwin. Kenapa kita nak menerima cerita babi boleh kacuk itulah inilah. Ke korang setuju kita ni daripada keturunan monyet yang berevolusi?

Tak ada kerja Doktor Vet nak suntik beratus ratus ribu ekor ayam dengan suntikan hormon semata mata nak cepat besar. Kalau pekerja buat pula, berapa banyak pula kos upah pekerja nak cucuk ayam sedangkan kalau boleh pemilik ladang nak kurangkan kos pekerja.

Cucuk/ injection pula ni perlukan kemahiran. Salah cucuk, cedera/mati ayam itu. Rugi syarikat ayam. Kalau wujud pun hormon itu pun pastilah harga ayam yang dijual sangat mahal. Mencanak canak harga. Cuma saya nak tanya juga, mana nak dapat hormon babi? Sepanjang saya hidup tak pernah nampak Kalau ada boleh tunjuk? Nak tengok juga.

Habis itu, macam mana ayam boleh gemuk dan cepat besar?





Ayam cepat besar sebab beberapa faktor utama iaitu:

1. Pemilihan baka

Ayam pedaging di Malaysia adalah majoriti daripada baka ayam Ross atau Cobb. Ia adalah baka ayam pedaging berasal daripada Amerika Syarikat dengan kebolehan tumbesaran yang pantas. Serupa macam manusia jugalah, cuba bandingkan tubuh badan rakyat Amerika/UK dengan Malaysia? Siapa lagi besar?Hmmm….

2. Pemakanan

Ayam diberi makan secara berterusan “ad libitum” dengan makanan yang “well formulated”. Hidupnya hanya untuk makan. Ayam diternak secara intensif dalam ‘open/close house’, ayam tak banyak bergerak . Jadi tidak banyak energy loss. Feed conversion ratio (FCR) ayam yang rendah.

Macam saya FCR tidak bagus, sebab makan banyak tetapi tidak membesar dengan jayanya. Orang tuduh saya ada Saka. Astagfirullah, berdosa tau. Bukan sebab itu, sebab baka keturunan saya memang tak besar la. Dah la rakyat Malaysia, keturunan campuran Melayu-Jawa pula tu.Hmmm..memang kecillah, tapi takpelah at least ada juga darah kacukan :-)

3. Amalan penternakan baik

Pengurusan kesihatan ternakan yang baik. Mencegah sesungguhnya memang lebih baik daripada mengubati. Ayam-ayam ini diberikan vaksin imunisasi sejak dari anak ayam lagi, macam bayi juga. Vaksin ini selamat, bukan agent yahudi ye. Kalau nak ceita bab vaksin ni boleh another chapter. Panjang. Vaksin dekat ayam ni biasanya titik dekat mata, titik dekat mulut, atau letak dekat bekas minuman. Adoi, tak larat nak inject/cucuk seekor seekor. Biosekuriti ladang yang ketat.

Kawalan sisa ladang dan pencemaran serta amalan kebajikan haiwan yang baik juga faktor penyumbang ayam cepat membesar. Kalau ayam didera, ‘environment’ yang tidak kondusif memang kurus, stress la.

Gabungan antara kesemua elemen itu antara sebab ayam boleh gemuk dan besar dengan cepat dan boleh mencapai berat 2.2kg dalam jangka masa 35-40 hari. Tidak mustahil, dengan kemajuan pembiakbakaan, makanan dan kesihatan, mungkin ayam boleh membesar dalam masa 25-30 hari sahaja.

Baguslah sebenarnya ayam cepat besar sebab mulut yang nak makannya ramai. This is good for food security. Janganlah boikot melulu atau cuba menjatuhkan industri ayam di Malaysia.
Habis tu kenapa ada kes ayam lebam?

Kesan ayam lebam biasanya disebabkan kekasaran mengendali ayam sebelum disembelih atau ketika pemprosesan ayam selepas disembelih.

Ada juga bertanya kenapa ayam ni bila masak cepat basi?

Kalau kes ayam basi, ia adalah disebabkan proses menyimpanan dan pengendalian makanan yang tidak elok. Jangan salahkan ayam. Ayam tidak bersalah. Yang bersalah adalah bakteria dan mungkin sebab kita juga puncanya. Contohnya,ayam diletak pada suhu yang tidak sesuai. Ambil daging ayam menggunakan tangan. Bercampur-campur senduk pula.

Apabila berlaku kecuaian ketika penyimpanan dan pengendalian makanan, makanan mudah basi disebabkan dijangkiti bakteria. Bakteria ada toksin. Ia boleh menyebabkan makanan rosak dan kemudian keracunan makanan kepada pengguna pula.

Orang kita ini biasanya sensitif dengan isu babi, yahudi, wahabi. Jadi kalau hendak menjatuhkan sesuatu barang atau menjatuhkan reputasi seseorang mereka suka melabel/ tabur racun dan fitnah.Lain sikit pandangan agama dituduh wahabi.Makanan kalo sedap je,dituduh mengandungi ramuan babi. Petah bercakap je dituduh nak jadi YB. Kalau orang itu hebat “ Eh, dia itu, agent yahudi”.





Sebenarnya kita tidak boleh juga salahkan netizen. Saya pun sebelum belajar dan menjadi Doktor Veterinar, jujur saya pun tak tahu kisah sebenar. Keluarga saya memang makan ayam yang di ‘claim organik’ .

Selepas belajar dan pernah pergi ke ladang ayam dan tengok dengan mata sendiri, kemudian baru saya tahu cerita sebenar. Jangan tipulah kalau kita lahir-lahir terus pandai kan. Jadi jangan percaya mitos mengatakan ayam di cucuk sana sini. Jangan percaya dengan Mr Google.

Tidak semua tepat. Habis, kawan-kawan saya dekat ladang ayam majoriti melenting dengan isu ini. Mereka sudah angkat sumpah sebelum menjadi Doktor Veterinar dan mereka tidak akan mungkir.
Ikhrar berbunyi :

“ Dengan diterimanya saya ke dalam Ikhtisas Kedoktoran Veterinar, saya bertekad akan menyumbang segenapnya daya dan pengetahuan saya bagi kebajikan masyarakat, mengekalkan sumber ternakan dan mengelakkan penderitaan kepada haiwan.Ikrar ini saya buat dengan penuh keazaman dan kerelaan semoga direstui Tuhan."

Kalau mereka terluka, siapa yang nak pujuk? Aiyooo saya tak tahu  :-)

p/s: Baru ambil sample beberapa ekor najis ayam pun muka dah pucat lesu.Cuba bayangkang kalau kena cucuk beratus ratus ribu ekor ayam. Agak-agak, saya jadi apa?.

Sumber Asal - Siakapkeli.my

"Jangan Minum Air Kelapa Dengan Ubat, Nanti Ubat Tu Tidak Berkesan", Ia Antara Pesanan Orang Tua-Tua Dahulu, Tapi Adakah Ia Benar, Pegawai Farmasi Ini Beri Penjelasan



Untuk memakan ubat dalam bentuk tablet atau pil, kita semestinya memakannya dengan meminum air agar memudahkan untuk ditelan, dan kebanyakan dari kita pasti menggunakan air suam, atau air mineral jika memakan ubat.


Tapi, sudah pasti ada juga di antara kita yang memakan ubat dengan meminum air, selain dari air mineral, atau air masak, untuk menghilangkan rasa pahit ubat tersebut. Dan mungkin ada di antara kita yang pernah menggunakan air kelapa semasa memakan ubat.

Adakah ianya boleh, atau akan memberi kesan kepada tubuh? Untuk menjawab pertanyaan tersebut, pegawai farmasi, saudara Dziehan Mustapa kongsikan penerangan yang cukup padat akan persoalan ini.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.




AIR KELAPA DENGAN UBAT-UBATAN


"Jangan minum air kelapa dengan ubat, nanti ubat tu tidak berkesan"

Pesanan yang sering kita dengari terutama daripada golongan orang-orang tua kita.

Ramai yang bertanya, betul ke minum air kelapa bersama-sama ubat-ubatan akan mengurangkan keberkesanan sesuatu ubat itu?

Soalan ini nampak mudah namun ia sebenarnya bermaksud interaksi antara ubat dengan minuman.

Secara umumnya interaksi boleh memberi kesan sama ada meningkatkan kesan ubat dalam tubuh badan atau mengurangkan kesannya.

Air kelapa

Air yang terkandung di dalam tempurung kelapa muda. Sedang elok jika diambil ketika buah kelapa berumur 5-7 bulan.

Secara semula jadi air kelapa berasa manis namun mempunyai nilai kalori yang rendah.
Kandungan air kelapa adalah 94% air dan mengandungi karbohidrat ringkas yang mudah dicernakan dalam bentuk gula dan elektrolit.

Selain daripada itu ia juga mengandungi pelbagai jenis hormon tumbuh-tumbuhan, enzim, asid amino, vitamin c dan boleh menjadi sumber yang baik untuk garam potasium (K+).

Khasiat Air Kelapa

Air kelapa selalunya diambil sebagai minuman untuk melegakan kehausan atau kekurangan air dalam tubuh yang disebabkan oleh cirit birit atau selepas senaman.

Air kelapa juga juga pernah digunakan dalam situasi kecemasan sebagai pengganti kepada air yang digunakan untuk dehidrasi tubuh yang dimasukkan melalui suntikan Intravena (IV).

Terdapat juga beberapa kajian yang menunjukkan air kelapa boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi).

Menurut kajian untuk khasiat menurunan tekanan darah sistolik ini memerlukan dos 300ml air kelapa diambil 2 kali dalam sehari.

Walau bagaimanapun lebih banyak kajian pembuktian diperlukan untuk mengesahkan khasiat air kelapa terhadap manfaat kesihatan tubuh terutama dalam menurunkan tekanan darah tersebut.




Interaksi air kelapa dengan ubat, herba dan suplemen


Kajian klinikal peringkat awal menunjukkan minum air kelapa mungkin boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi).

Secara teorinya penggunaan bersama-sama air kelapa dengan ubat anti-herpentensi (Ubat mengurangkan tekanan darah) mungkin boleh menyebabkan kesan tambahan terhadap pengurangan tekanan darah seterusnya boleh memberi risiko tekanan darah menjadi rendah.

Begitu juga sekiranya air kelapa diambil dengan herba dan suplemen yang dipercayai mempunyai kesan mengurangkan tekanan darah. Sebagai contoh peptida kasein, cat’s claw, koenzim Q-10, minyak ikan, L-arginine, lycium, stinging nettle, theanine, mengkudu, belimbing buluh dan lain-lain

Interaksi dengan penyakit

Oleh kerana air kelapa mempunyai kandungan garam potasium (k+) yang agak ketara maka ia boleh menerukkan lagi keadaan hiperkalemia seseorang individu.

Jika diminum dalam satu jumlah yang banyak mungkin boleh meningkatkan risiko hyperkalemia bagi pesakit yang mempunyai kekurangan fungsi buah pinggang.




Keselamatan Air Kelapa


Air kelapa sekiranya diambil secara minuman dengan jumlah yang berpatutan adalah selamat.

Tiada kerisauan terhadap faktor keselamatan dalam pengambilan air kelapa. Begitu juga sekiranya air kelapa diambil oleh kanak-kanak.

Namun tiada data yang mencukupi untuk keselamatan pengambilan air kelapa dalam kalangan wanita mengandung dan menyusukan anak.

Sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik tidak mengambilnya semasa mengandung atau menyusukan anak.

Tindakan yang boleh diambil

Air kelapa adalah selamat untuk diminum. Walau bagaimanapun bagi pesakit hipertensi yang sedang menerima ubat-ubatan perlu berhati-hati dalam pengambilan minuman air kelapa ini.

Jika diambil berlebihan air kelapa ini ia berpotensi mempunyai kesan tambahan dalam pengurangan tekanan darah. Begitu juga bagi pesakit yang mempunyai masalah kekurangan fungsi buah pinggang.

Perlu sedikit pemantauan jika tekanan darah menjadi rendah (hipotensi).

Antara tanda dan gejala tekanan darah rendah adalah pening atau merasa pusing, penglihatan kabur, kekeliruan, kelemahan dan loya (perasaan sakit perut).

Jika alami situasi di atas, sahkan dengan mengambil ukuran tekanan darah menggunakan alat pemantauan tekanan darah sendiri di rumah.

Tekanan darah dikatakan rendah bila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90/60 mmHg.

Rawatan tidak diperlukan sekiranya tidak mempunyai apa-apa tanda dan gejala walaupun tekanan darah adalah rendah.

Sekiranya merasa pening atau hampir pitam, ambil tindakan untuk duduk atau baring. Letakkan kaki separas dengan jantung ketika berbaring atau duduk sambil meletak kepala di antara lutut.

Jika tanda atau gejala tekanan darah rendah masih berkekalan, segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

Kesimpulan

Bukan air kelapa sahaja boleh dibincangkan dalam situasi interaksi ubat dengan minuman.

Terdapat beberapa lagi contoh interaksi minuman dengan ubat-ubatan seperti interaksi ferus dengan susu, ubat anti-kolesterol (atorvastatin) dengan jus limau gedang (grapefruite) dan ubat warfarin dengan teh hijau. (Semua contoh ini telah dibuktikan dengan kajian).

Justeru jika air kelapa diambil dalam kuantiti yang tidak berlebihan, mungkin interaksi dengan ubat-ubatan tidak terlalu ketara.

Walau bagaimanapun perlu berhati-hati dalam pengambilan air kelapa (diambil dalam kuantiti yang berlebihan) jika ada mengambil ubat untuk tekanan darah tinggi dan pesakit yang mempunyai masalah kekurangan fungsi buah pingang.

Rujuk dahulu dengan ahli farmasi atau doktor merawat sebelum mengambil sesuatu bersama-sama ubat-ubatan agar interaksi ubat dapat diteliti terlebih dahulu.

Sekiranya orang awam mempunyai sebarang pertanyaan am berkaitan ubat-ubatan, boleh menguhubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722.

Pegawai Farmasi Anda 

(Video) Bantah Sepakan Penalti Kontroversi, Pasukan Ini Protes Perlawanan Dengan Cara Yang Membuatkan Penonton Terhibur


Gara-gara tindakan pengadil memberikan sepakan penalti kontroversi kepada pasukan lawan ketika saat genting, sebuah pasukan bola sepak dari liga Vietnam, Long An FC telah mengambil keputusan untuk memprotes perlawanan berkenaan.

Kejadian berlaku dimana pasukan lawan telah dihadiahkan sepakan penalti ketika masa hampir tamat ketika perlawanan terikat kedudukan 2-2 dan masa tambahan 10 minit.

Kerana tidak berpuas hati, semua permain Long An telah mengambil keputusan untuk sekadar menjadi 'kon' terpacak di tengah padang bola dan membiarkan pasukan lawan bermain sesama mereka sahaja seolah-olah sedang mannequin challenge.

Yang menarik, apabila gol cuba dijaringkan penjaga gol hanya membuat lompatan akrobatik sommersault tanpa menyelamatkan bola untuk gol ke-4 Ho Chin Minh dan bagi gol ke-5 pula penjaga gol hanya berlalu pergi membiarkan bola masuk sambil rakan sepasukan terus terus tercegat di tengah padang.

Tindakan mereka itu ternyata membuatkan penonton terhibur, di mana kesudahannya  Long An FC tewas 3-5 kepada Ho Chin Minh City FC. 


Sumber Asal - Siakapkeli.my

'Saya Tahu Dia Tidak Kacak, Tapi Saya Bangga Keluar Dengannya' - Kisah Cinta Sejati Lelaki Gemuk & Jururawat ini Jadi Viral


Cinta itu buta dan tidak juga mengira berat. Itu ungkapan yang sempurna buat pasangan dari Thailand yang dikenali sebagai Cherry dan Ball ini.

Badan Ball atau nama penuhnya Puwadol Kumthai adalah seberat 120kg manakala berat Cherry (Siripa Boonraksol) cuma 44kg.

Mereka sudah berkenalan sejak 10 tahun yang lalu.

Sudah tentu perbezaan berat yang ketara antara mereka ini menimbulkan 'cakap-cakap kurang senang' dalam kalangan netizen di negara itu.

Cherry, yang juga merupakan seorang jururawat di Mission Hospital, Bangkok berkata: "Saya tahu dia tidak kacak tapi saya selalu bangga bila keluar dengannya. Dia mempunyai hati yang baik dan itu yang paling penting.

"Dia sangat penyayang dan memahami - seperti contoh, dia tidak suka wanita berambut pendek tetapi apabila dia melihat saya berambut pendek, dia kata saya comel!.

"Kami kongsi semuanya, kebahagian dan kesedihan... dan itu perkara utama!.

"Ramai orang yang melihat kami memanggil Ball gemuk, tetapi kami tidak ambil kisah kerana saya jatuh cinta dengan seorang lelaki bukan kerana rupa parasnya"

"Kami bercadang untuk berkeluarga tidak lama lagi dan saya tidak sabar untuk melihat Ball menjadi seorang ayah." ujar Cherry.

Kisah cinta antara Cherry dan Ball menjadi viral di laman sosial Thailand sekaligus memberi inspirasi kepada netizen di sana




Sumber: Mirror

Mayat Gadis Disambar Buaya Ketika Mandi Di Sungai Tapang Peking Ditemui, Mayat Dalam Keadaan Sempurna


MIRI: Mayat seorang remaja perempuan yang dilaporkan telah disambar seekor buaya semasa sedang mandi bersama keluarganya di tebing sungai di Rumah Jampang Sungai Tapang Peking semalam telah berjaya dijumpai pada jam 11.10 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 2 kilometer dari lokasi kejadian, lapor Buletin TV3.

Menurut laporan, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan sempurna dan hanya terdapat beberapa kesan gigitan buaya ketika ditemui sebelum dibawa ke rumah panjang Jampang untuk tindakan seterusnya.



Mangsa, Agnes Luang, 17 tahun yang merupakan bekas pelajar SMK Marudi yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM.

Ketika kejadian Agnes dilaporkan sedang mandi bersama ibunya di tebing sungai apabila tiba-tiba disambar buaya pada 6.30 petang.

Dalam pada itu, pihak keluarga Anges merayu kepada orang ramai supaya memadam gambar yang tidak sepatutnya disiarkan di laman sosial selepas gambar Agnes ditemui telah tersebar. 


Sumber Asal - Siakapkeli.my

PUMA IGNITE Limitless Jadi Rebutan Ramai Selepas Ditayang oleh The Weeknd

The Weeknd bersama kasut PUMA IGNITE Limitless

Apabila kasut keluaran PUMA ditayang oleh The Weeknd menerusi video promosinya, ia mula menjadi perhatian ramai dan ingin mendapatkan kasut yang sama.

Kasut PUMA IGNITE Limitless tersebut dipakai oleh penyanyi dan penulis lagu popular itu menerusi video yang berjudul "Run the Streets" yang baru sahaja ditayangkan baru-baru ini.

Mengadaptasikan tema kasut tersebut, video ini memaparkan kasut sneakers yang sesuai bagi mereka yang suka bergaya pada masa yang sama sesuai digunakan untuk melakukan aktiviti sukan.

Data dari Google menunjukkan, kasut itu mula menjadi buruan ramai apabila carian telah mencecah 100 mata setelah video tersebut di tayangkan baru-baru ini.



Data dari Google Trends.



Terdapat tiga warna yang dikeluarkan dalam siri PUMA IGNITE Limitless tetapi warna hitam menjadi pilihan yang paling popular kerana ia juga merupakan warna yang menjadi pilihan selebriti-selebriti ternama termasuk pemain bola, Olivier Giroud.



Menurut laman Facebook Puma Malaysia, kasut itu baru sahaja tiba ke Malaysia dan dijual pada harga RM599.

Berdasarkan laman web PUMA, kasut ini boleh didapati di kedai PUMA di Pavilion, KLCC, NU Sentral, The Gardens, Bangsar Village II, One Utama, Sunway Pyramid, AEON Bandaraya Melaka, Gurney Paragon, Queensbay, Komtar JBCC, Genting, Palm Mall, Putra Mall), Al-Ikhsan (15 kedai terpilih), Royal Sporting House (One Utama, Stadium KLCC & Stadium Pavilion), LEA Sports (CityOne Megamall Kuching, Sarawak Plaza), Original Classic (Setia City Mall), Life Habitat S/B (Prai), Jade Eservices Malaysia Sdn Bhd, Sunlight dan M Corporate.
Adakah kasut PUMA IGNITE Limitless ini akan mencetuskan trend kasut terbaru yang menjadi kegilaan ramai?



Untuk gambar-gambar PUMA IGNITE Limitless, sila layarihttps://www.facebook.com/PUMAMalaysia atau Google sahaja PUMA IGNITE Limitless.

Artikel ini dibawa oleh PUMA Malaysia

Ikan Kuning 'Iras' Donald Trump Pula Ditemui


Jika sebelum ini pelbagai haiwan berbulu yang seakan sama dengan Donald Trump ditemui, kini timbul pula seekor haiwan lain yang dikatakan mempunyai iras presiden tersebut - seekor ikan kuning dari jenis Cowfish.

Gambar ikan tersebut berjaya dirakam oleh Steve Collins ketika melawat aquarium di sebuah pusat beli belah di Manchester.

Steve Collin mengambil gambar 'Trumpfish' itu ketika melawat kawasan itu bersama keluarga.

Lelaki berusia 32 tahun itu berkata dia tidak dapat menahan gelak sebaik sahaja melihat persamaan ikan tersebut dengan Trump terutama ekspressi mukanya.

Malah, ikan beracun yang tinggal di terumbu laut di Lautan Hindi dan Pasifik itu juga mengeluarkan bunyi mendengus apabila ditangkap.



"Saya terus melihat ikan itu seperti Donald Trump apabila terpandangnya.

"Jujurnya, saya bukan seorang yang berminat dengan politik tetapi kita boleh melihat gambar Trump di mana-mana. Saya kadang-kadang bersetuju dengan Trump dan kadang-kadang tidak.

"Tapi, bila saya terlihat ikan ini, saya tidak boleh berhenti gelak" kata Steve.

Sumber: The Sun