5 BAHASA CINTA ANDA WAJIB TAHU.
Malam ni abg nan nak cerita bab CINTA. Budak2 Wechat sila scroll laju2. Ni hal orang tua.
π

Cara otak manusia Mentafsir kan CINTA berbeza - beza. Ikut kajian, ada 5 Cara otak Manusia mentafsirkan Cinta
❤️:

1. Words of Affirmation : Ada orang, dia suka bila pasangan dia #Puji di Cantik, pandai masak, Wangi, Rajin. Bila di Puji otak dia akan tafsir yang dia sedang di Cintai.
2. Physical Touch: Ada orang dia suka di #Belai, di #Manja di usap-usap macam kucing Parsi. Bila di sentuh otak dia akan Tafsir yang dia sedang di Cintai.
3. Receiving Gift: Ada juga species yang suka bila orang bagi #Hadiah, or #Surprise. Bila dapat cincin Emas or Iphone 7. Otak dia akan tafsir yang di sedang di Cintai.
4. Quality Time: Ada pula yang jenis perlukan #Perhatian dan #Masa. Dengar luahan perasaan dia, duduk spend masa ngan dia. Otak dia akan kata kamu sedang di Cintai
5. Acts of Service: Last sekali, jenis suka bila orang #Tolong dia buat kerja, tolong masak, tolong kemas rumah, sidai kain dll. Bila orang buat macamtu, otak dia akan kata. Waaa, aku sedang di Cintai.
Masalah nya sekarang, kita tak tahu macamana cara otak #Pasangan kita mentafsirkan Cinta.
Bila tak tahu, apa yang berlaku? Kita cuba sampaikan cinta cara otak kita fikir. Bukan cara otak dia fikir.
Macam kes saya. Saya ni jenis 1,2 & 3. Jadi, masa mula2 kawen dulu, saya puji2 bini saya, saya belai2, bagi emas. Reaksi dia macam biasa2 jee.
π€
π€


Rupanya, bini saya ni jenis 4 & 5. Tak perlu bagi hadiah mahal2, tak perlu puji melambung-lambung. Cukup sekadar duduk dengan dia, spend masa. Dengar apa dia nak kata, layan dia, tolong dia buat kerja dah cukup untuk buat dia GEMBIRA SANGAT2
π
π


Soalan saya, Otak anda tafsir CINTA cara mana?
*Tag pasangan korang bagi sama2 faham.
π

credit to Afnan Rosli-
Pakar Cinta Mencintai
Pakar Cinta Mencintai
EmoticonEmoticon