Monday, December 26, 2016

Inilah Barisan Senjata Baharu DT Yang Dinantikan

Tags
loading...


Senjata baharu JDT


BEKAS peledak PKNS FC, Gaby Guerra mengetuai senarai tiga pemain import 
Argentina yang bakal memperkuatkan skuad Harimau Selatan bagi saingan Liga
Malaysia (Liga-M) 2017.

Perkara itu diumumkan Johor Darul Ta'zim (JDT) menerusi akaun rasminya Johor 
Southern Tigers, semalam.

Pengendali JDT, Mario Gomez bagaimanapun berkata, Gaby dari Boca Juniors akan 
beraksi bersama JDT II.

"Jika Gaby menunjukkan prestasi yang baik, dia ada peluang untuk membarisi skuad 
utama," katanya. 

Tambah Gomez, dua lagi import Argentina yang akan memantapkan barisan JDT 
dalam usaha mempertahankan kejuaraan liga musim hadapan ialah Brian Ferreira 
(24) dan Gonzalo Cabrerra (27).

Katanya, pembelian itu dilihat mampu mengisi kekosongan ditinggalkan bekas 
penjaring gol terbanyak Liga Super musim lalu, Jorge Pareyra Diaz dan Harris 
Harun yang bakal dipinjam ke kelab luar tahun depan.

“Hasil rundingan serta tawaran yang diberikan pasukan akhirnya kami berjaya 
mengikat Brian yang ketika ini hanya berumur 24 tahun. Dia juga pernah bermain 
untuk skuad kebangsaan Argentina bawah 21 tahun.

“Selain itu, kita juga mengikat seorang pemain yang kini bermain untuk kelab 
Arab Saudi, Gonzalo Cabrerra bagi melengkapkan kekosongan di skuad utama 
memandangkan dia mempunyai kualiti serta berpengalaman yang mana aspek 
penting dalam pasukan," katanya.

Difahamkan, Brian yang beraksi buat Independiente pernah diintai Porto dan 
Manchester United manakala Cabrera adalah produk Boca Juniors.

“Kami melepaskan beberapa pemain senior kami dan telah menandatangani beberapa 
pemain muda yang menarik serta berpotensi untuk menambah semangat baru 
dan persaingan dalam pasukan.

“Persaingan sihat sentiasa bagus untuk pasukan. Kami telah meminjamkan pemain-
pemain senior dari pasukan utama seperti Hariss Harun dan Nazmi Faiz kerana 
kedua-dua pemain ini adalah sebahagian daripada projek jangka panjang kelab,” 
katanya.

Dalam masa sama, pasukan Harimau Selatan itu juga sedang mengintai seorang 
lagi pemain import dan hanya akan dimaklumkan selepas semua urusan 
perpindahan berjaya diselesaikan.


EmoticonEmoticon